Sarawak berkabung 2 hari atas pemergian Taib

Sarawak berkabung 2 hari atas pemergian Taib

Kerajaan negeri mengarahkan bendera dikibar separuh tiang sebagai tanda penghormatan atas pemergian Abdul Taib Mahmud.

Jenazah Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Negara untuk pengurusan dan penghormatan sebelum dibawa pulang ke Sarawak hari ini.
PETALING JAYA:
Sarawak akan berkabung dua hari bermula hari ini sebagai penghormatan atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri, Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu Bakar Marzuki, berkata majlis rasmi melibatkan acara hiburan perlu ditangguhkan.

“Bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang,” katanya menurut Astro Awani.

Taib, 87, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Kuala Lumpur kira-kira 4.40 pagi tadi dan jenazahnya akan diterbangkan ke Kuching kira-kira 1 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediamannya di Demak Jaya, sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir dari 8 pagi hingga 12 tengah hari esok.

Jenazahnya dijadual disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, berhampiran kediamannya selepas solat Zohor esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.