Budak 4 tahun maut dihempap pokok di pusat rekreasi

Budak 4 tahun maut dihempap pokok di pusat rekreasi

Kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia akibat parah di kepala dan dada, manakala kakaknya masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Lokasi pokok tumbang di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir semalam. (Gambar PDRM)
JEMPOL:
Keseronokan dua beradik bermandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila seorang daripadanya maut dihempap pokok kira-kira 1.17 tengah hari semalam.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook berkata, kanak-kanak lelaki empat tahun itu meninggal dunia akibat parah di kepala dan dada, manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Katanya, bapa mangsa memaklumkan dia membawa dua anaknya bermandi di kawasan itu kira-kira 1 tengah hari.

Beliau berkata, anaknya yang sedang bermandi di kolam, kemudian berjalan ke arahnya yang berada di kawasan jeram.

“Semasa berjalan ke arah bapanya, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa. Kedua-dua mangsa dihempap, tetapi pada jarak berbeza,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.