Contohi Lat, karya malar segar walau ‘diancam’ teknologi, kata kartunis

Contohi Lat, karya malar segar walau ‘diancam’ teknologi, kata kartunis

Kartunis Sireh berkata karya Seniman Diraja Mohd Nor Khalid terus jadi pilihan kerana kekuatannya.

Mohd Nor Khalid atau Lat menerima gelaran Seniman Diraja daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah November lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seniman Diraja Mohd Nor Khalid atau Lat harus menjadi contoh kepada kartunis untuk memastikan karya mereka malar segar di sebalik “himpitan” teknologi yang menyebabkan penerbitan bercetak “mati”.

Bagi Sireh, bekas pelukis terkenal dengan “Student Life” dalam majalah Apo?, Lat menjadi contoh bagaimana kekuatan karya bernilai tinggi dan mempunyai mesej seperti “Kampung Boy” tetapi menjadi pilihan penerbit.

“Lat mungkin seorang yang memang ‘terbelakang’ dari segi teknologi, tetapi kerana karyanya sangat bernilai dan dekat dengan pembaca, jadi orang akan tetap cari,” kata Sireh atau nama sebenarnya Anuar Hassan kepada FMT.

Selain “Kampung Boy”, Lat turut terkenal menggambarkan sosial dan politik negara dikurniakan Seniman Diraja oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada November lalu.

Sireh yang kini pensyarah di Fakulti Kreatif Multimedia Universiti Multimedia berkata, kartun dan komik tidak akan mati sebaliknya kartunis perlu berevolusi seiring peredaran masa serta perubahan medium penerbitan.

Kartunis Sireh atau nama sebenarnya Anuar Hassan bekas pelukis komik strip ‘Student Life’ Majalah Apo?

“Kalau kita cakap (mengenai) kartun dan komik sebagai satu idea, ia tidak akan mati. Yang berubah cuma medium (penerbitan),” katanya yang turut berdepan pasang surut sebagai kartunis ketika berkarya di majalah komik Ujang dan Apo?.

Menjadikannya sebagai contoh untuk generasi kartunis kini, Sireh berkata dua majalah itu pernah menjadi fenomena dan kegilaan ramai era 90-an, namun peredaran masa menyebabkan jualan semakin merosot.

“Pada 2003 saya diminta mengecilkan jumlah kartunis daripada 30 kepada tujuh sahaja.

“Mereka yang dipilih dirasakan mempunyai potensi besar manakala yang lain ditamatkan kontrak, saya berhenti,” katanya yang turut terkenal dengan karya “Cinta Gadis Bunian”, “Loving Couple” serta komik strip “Lawak Antarabangsa”.

Menurutnya, peningkatan kos percetakan yang menyebabkan majalah terbabit terpaksa dinaikkan harga memburukkan lagi keadaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.