
Menteri belia dan sukan berkata, sebaliknya komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Katanya, beliau berpuas hati dengan penjelasan daripada ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri mengenai keadaan penerjun di Doha dalam satu sesi pertemuan semalam.
Kegagalan penerjun negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha bukan disebabkan campur tangan pihak ketiga, entiti atau kemelut dalaman tetapi aspek komunikasi.
“Selepas ini saya akan jumpa pula dengan persatuan (MAS) dan jurulatih untuk dengar jawapan dan pandangan mereka mengapa semua penerjun (di Kejohanan Akuatik Dunia) tidak layak ke Paris (Sukan Olimpik 2024),” katanya menurut Bernama.
Beliau ditemui selepas merasmikan Cabaran Lompat Tinggi “Leap To The Stars” 2024.
Kegagalan penerjun negara di Doha, menjadikan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises wakil terjun tunggal negara yang berjaya menempah tiket ke Paris menerusi acara 10m platform individu ketika beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun, tahun lalu.
Sementara itu, Hannah berkata kedudukan Pandelela dan Nur Dhabitah dalam program Road To Gold (RTG) selepas gagal ke Paris 2024 perlu dibuat secara kolektif bersama jawatankuasa RTG yang dijangka diketahui bulan ini.
Pada masa sama, beliau mengagumi komitmen Pandelela dan Nur Dhabitah yang tetap tidak berputus asa untuk terus mewakili negara biarpun tidak berpeluang menjejakkan kaki ke Paris 2024.