
Perintah reman hingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Nurshahida Abdul Rahim bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Menurut sumber, lelaki berusia 33 tahun itu antara dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara berasingan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Perlis, semalam.
“Antara 2022 dan 2023, seorang suspek menggunakan jawatannya sebagai ‘special officer’ di sebuah IPTS di Perlis untuk memindahkan wang daripada akaun IPTS tersebut ke akaun bank miliknya dan akaun bank milik seorang lagi suspek yang juga kakitangan IPTS tersebut pada ketika itu berjumlah hampir RM1 juta bagi kepentingan mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan berkenaan.