KEB 2024 terbuka kepada semua, termasuk pembangkang, kata Zahid

KEB 2024 terbuka kepada semua, termasuk pembangkang, kata Zahid

KEB 2024 dijangka dihadiri 3,000 peserta termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Zahid Hamidi berkata, KEB 2024 menumpukan 10 kluster utama yang akan dibentangkan pakar, dengan hasilnya akan diserahkan kepada perdana menteri untuk tindakan lanjut oleh kerajaan.
PUTRAJAYA:
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 29 Feb hingga 2 Mac ini terbuka kepada semua ahli politik, termasuk pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berkata, seramai 3,000 peserta termasuk dari Sabah dan Sarawak dijangka menghadiri KEB 2024.

“Kita buta warna (politik) dalam soal ekonomi Bumiputera,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Pra Pelancaran KEB 2024 oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution.

Zahid berkata, kongres itu menumpukan 10 kluster utama yang akan dibentangkan pakar, dengan hasilnya akan diserahkan kepada perdana menteri untuk tindakan lanjut oleh kerajaan.

“Kongres ini akan menggali beberapa aspek teknologi dan peluang baharu dalam bidang belum terjangkau di negara ini dan kita akan melihat unjuran 10 hingga 20 tahun akan datang dan apa yang dibincangkan di peringkat sekretariat dengan memperkasakan institusi dan agensi diwujudkan sejak kongres pertama pada 1965.”

KEB 2024 bertujuan mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif, di samping akan mencadangkan pendekatan menyeluruh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.