11 lelaki, wanita ditahan gaduh di Johor

11 lelaki, wanita ditahan gaduh di Johor

Polis berkata, pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham.

Polis menahan 11 lelaki dan wanita pada Ahad lalu dan direman hingga semalam, manakala tahanan reman kedua dibenarkan sehari hingga hari ini.
PETALING JAYA:
Sebelas lelaki dan wanita ditahan bergaduh dalam sebuah premis di Taman Sutera, Skudai, Johor Bahru pada Ahad lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Belveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian pada 12.05 tengah malam itu membabitkan 11 suspek berusia 22 sehingga 33 tahun yang berpunca daripada perselisihan faham.

Katanya, anggota di IPD Johor Bahru Utara maklum kejadian itu menerusi video tiga minit dua saat yang tular dalam media sosial.

Beliau berkata, susulan laporan kejadian itu, 11 lelaki dan wanita ditahan pada hari sama dan direman hingga semalam, manakala tahanan reman kedua dibenarkan sehari hingga hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya menurut Harian Metro.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Masrain Aman di talian 013-8543148.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi boleh menggugat ketenteraman awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.