
KPT dalam kenyataan memaklumkan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Mohamad Azhan Md Amir bersama-sama barisan pengurusan tertinggi kementerian.
“Sebelum mendengar taklimat berkenaan pencapaian, hala tuju dan pengoperasian KPT, Zaini turut bertemu dengan Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir untuk melapor diri dan menerima amanat,” menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan ini merupakan kali kedua Zaini menggalas jawatan sebagai KSU KPT selepas pertama kali dilantik pada 2013 hingga 2016.
Zaini, 59, pernah berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Alam Sekitar dan Air, dan Kementerian Kesihatan.
Berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar daripada Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan air dan sisa, beliau juga pernah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kelima dari 2008 hingga 2013.