Mahkamah perintah Belanda henti penghantaran alat ganti F-35 ke Israel

Mahkamah perintah Belanda henti penghantaran alat ganti F-35 ke Israel

Keputusan oleh mahkamah rayuan di Belanda itu susulan rayuan pertubuhan hak asasi manusia.

Sebuah mahkamah di Belanda memerintahkan kerajaan negara itu untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari. (Gambar AP)
LONDON:
Sebuah mahkamah rayuan di Belanda memerintahkan kerajaan menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel dalam tempoh tujuh hari.

Keputusan itu susulan rayuan pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa penghantaran bahagian itu menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

“Mahkamah memerintahkan kerajaan untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman ini disampaikan,” menurut mahkamah, lapor agensi Anadolu.

Bahagian jet F-35 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat disimpan di sebuah gudang di Belanda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.