Umno Johor adakan konvensyen orang Melayu Jun ini

Umno Johor adakan konvensyen orang Melayu Jun ini

Konvensyen yang akan membabitkan NGO itu untuk mendapatkan pandangan akar umbi orang Melayu di Johor.

Pengerusi Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi mempengerusikan mesyuarat Umno Johor buat kali pertama hari ini. Turut hadir Naib Presiden Khaled Nordin dan Timbalan Pengerusi Umno Johor Ahmad Maslan. (Gambar Facebook)
JOHOR BAHRU:
Umno Johor akan mengadakan konvensyen orang Melayu pada Jun ini, dalam usaha parti untuk mendapatkan pandangan dan suara akar umbi kaum Melayu negeri itu.

Pengerusi Onn Hafiz Ghazi berkata konvensyen itu antara gerak kerja utama yang dibincangkan dalam mesyuarat Umno Johor hari ini.

“Agenda Umno Johor adalah untuk terus dapatkan sokongan daripada akar umbi bangsa Johor dan orang Melayu di Johor.

“Konvensyen ini akan membabitkan semua NGO Melayu dan dijangka diadakan pada awal Jun ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno buat kali pertama selepas dilantik ke jawatan itu, Disember lepas.

Onn berkata sesi bersama pimpinan Umno bahagian seluruh negeri akan diadakan bagi memastikan pimpinan akar umbi memahami aspirasi dan memastikan Johor terus menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Ahmad Maslan dan Naib Presiden Mohamed Khaled Nordin.

Onn turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Khaled yang juga bekas pengerusi atas jasa beliau selama dua tahun ini memegang jawatan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.