
Beliau berkata, kerajaan akan menekankan perkara ini kepada pelabur berpotensi selaras dengan tumpuan kerajaan terhadap pembangunan ekonomi tahun ini.
“Dengan kestabilan politik dan kerajaan yang kukuh, kita mesti beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi, pelaburan, serta mengembangkan keupayaan kita dalam semua bidang.
“Perkara ini dianjurkan oleh Jemaah Menteri dan (kita) mahu beri tumpuan kepada memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat di rantau ini.
“Di negara ini, ramai fasih bertutur Bahasa Malaysia, Mandarin, Inggeris, and Tamil. Kita akan tekankan perkara ini mulai sekarang kerana ia menarik pelabur,” katanya ketika berucap di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Menurut Anwar, China adalah antara pelabur utama negara dan perkongsian strategik antara kedua-dua negara akan terus dipertingkat.
“Sekarang kita tumpu pembangunan ekonomi (dengan) China antara yang utama melabur dan mengembang usaha ekonomi.
“(Bersama) kita kembangkan budaya pendidikan dan usaha penyelidikan universiti,” katanya menambah, kerajaan sedang fokus melaksanakan dasar untuk menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing.