
Ketua Polis Negara Razarudin Husain memaklumkan siasatan dikelaskan bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
“Masih menunggu arahan lanjut,” katanya kepada FMT.
Razarudin turut memaklumkan bahawa Taib, yang merupakan ketua menteri Sarawak yang paling lama berkhidmat, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Polis pada Isnin mengesahkan ia menerima laporan berhubung kejadian Taib dibawa keluar dari sebuah hospital swasta, selepas salinan laporan polis tular di media sosial.
Taib dilaporkan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuching, Sarawak.
Razarudin menyangkal dakwaan Taib ‘dilarikan’.
“Tiada istilah ‘dilarikan’ kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas Tuan Yang Terutama tersebut.”