
TAPAH: Seorang wanita maut manakala empat dikhuatiri hilang selepas dibadai kepala air di kawasan perkelahan Kampung Poh, Bidor.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang tadi, seorang wanita dan kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan selamat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata kejadian membabitkan tujuh individu yang berkelah di lokasi berkenaan.
“Dalam kejadian itu, seorang wanita ditemukan lemas manakala empat lagi hilang termasuk tiga kanak-kanak,” katanya memaklumkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Setakat ini SAR masih berjalan.