Umpan sampai RM100, lelaki disyaki amang seksual 6 budak dicekup

Umpan sampai RM100, lelaki disyaki amang seksual 6 budak dicekup

Suspek dipercayai menawarkan upah RM50 ke RM100 kepada mangsa untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

Seorang peniaga warung berusia 57 tahun direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan amang seksual terhadap 6 budak lelaki.
PETALING JAYA:
Seorang peniaga warung dicekup polis kerana dipercayai mengumpan wang sehingga RM100 untuk melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap enam kanak-kanak lelaki sejak September lepas.

Suspek yang berusia 57 tahun dan sudah berkahwin itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota IPD Jasin pada 8.56 malam tadi di rumahnya di Simpang Bekoh dekat Jasin.

Ketua Polis Jasin Ahmad Jamil Radzi berkata, tangkapan itu dibuat susulan enam laporan polis diterima pada petang hari sama mengenai kejadian amang seksual fizikal terhadap enam kanak-kanak lelaki berusia antara 12 hingga 13 tahun.

Katanya, suspek dipercayai memperdayakan mangsanya dengan menawarkan wang RM50 sehingga RM100 sebagai upah melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku sejak September tahun lepas sehingga Januari baru-baru ini,” katanya, menurut Kosmo.

Ahmad Jamil berkata, suspek direman tujuh hari hingga 13 Feb dengan kes disiasat bawah Seksyen 14(a)/15A(1)/ 15B(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.