Sabah akan laksana cukai jualan eksport biojisim negeri

Sabah akan laksana cukai jualan eksport biojisim negeri

Ketua menteri berkata, cukai itu akan dikenakan bergantung kepada pelaksanaan Dasar Industri Biojisim Kelapa Sawit bagi mengawal eksport biojisim.

Hajiji Noor berkata, Undang-undang Biojisim Minyak Sawit Sabah juga akan digubal untuk mengawal industri itu
KOTA KINABALU:
Kabinet Sabah memutuskan untuk mengenakan cukai jualan eksport biojisim negeri, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Beliau berkata, cukai itu akan dikenakan bergantung kepada pelaksanaan Dasar Industri Biojisim Kelapa Sawit bagi mengawal eksport biojisim yang juga diluluskan Kabinet Sabah hari ini.

Katanya, dasar itu akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusannya selepas Platform Pengumpulan Biojisim Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sabah beroperasi sepenuhnya serta di bawah penyeliaan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

“Undang-undang Biojisim Minyak Sawit Sabah juga akan digubal untuk mengawal industri itu,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu di sini.

Beliau turut memberitahu ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa Kabinet Negeri mengambil maklum kajian semula pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.