Tuntutan palsu hampir RM50,000, ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan

Tuntutan palsu hampir RM50,000, ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan

Kedua-dua suspekdikatakan bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program yang diadakan di sekitar Melaka tahun lepas.

Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek yang dikemukakan oleh SPRM Melaka.
MELAKA:
Seorang ketua jabatan sebuah kementerian dan seorang pengarah syarikat masing-masing direman lima dan empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu bernilai RM49,900 tahun lepas.

Majistret Khairunnisak Hassni membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka yang menahan kedua-dua lelaki itu ketika mereka memberi keterangan di pejabat agensi berkenaan petang semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 42 dan 41 tahun itu dikatakan bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program yang diadakan di sekitar Melaka sedangkan pembekalan terbabit tidak pernah dilaksanakan pada tahun lepas.

Kes disiasat bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi, dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.