Stadium Shah Alam roboh sepenuhnya pertengahan 2025

Stadium Shah Alam roboh sepenuhnya pertengahan 2025

Menteri besar Selangor menekankan kepada pihak terlibat bahawa pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati semua piawaian kerajaan negeri dan PBT.

Amirudin Shari berkata, pembangunan Stadium Shah Alam turut menjadi model yang mengguna pakai kaedah terbaik dalam pembangunan infrastruktur, khasnya dalam skala sedemikian. (Gambar Wikipedia)
SHAH ALAM:
Proses perobohan Stadium Shah Alam akan dimulakan dengan pemasangan dinding adang, diikuti proses merungkai struktur sedia ada yang dijangka mengambil tempoh sehingga pertengahan tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam kenyataan memaklumkan, beliau menekankan kepada pihak terlibat bahawa pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati semua piawaian kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“(Pembangunan projek itu) turut menjadi model yang mengguna pakai kaedah terbaik dalam pembangunan infrastruktur, terutamanya dalam skala sebegini.

“Segala langkah mitigasi untuk menangani impak pembangunan akan dimaklumkan pihak pemaju kepada komuniti tempatan agar proses ini berjalan sebaiknya.”

Katanya, satu langkah kritikal diambil dalam pembangunan stadium itu, apabila beliau turut menyaksikan perjanjian persefahaman antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor) bersama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) petang tadi, sekali gus menandakan permulaan kerja fizikal selepas melalui proses perancangan dan prosedur rapi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.