
Perintah reman terhadap suspek berusia 50-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber berkata, suspek antara tiga individu ditahan SPRM sebelum ini termasuk seorang pengurus besar pemasaran dan pengurus besar jualan di dua syarikat.
“Mereka dipercayai terbabit dalam penawaran dan pemberian rasuah kepada pegawai di sebuah syarikat perladangan sebagai balasan kerana memberikan projek berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.
Sumber berkata, tiga suspek terbabit ditahan 11 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.
Bagaimanapun katanya, dua daripada suspek dibebaskan dengan jaminan atas faktor kesihatan.
“Seorang lagi suspek yang berjawatan pengarah urusan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.