
Adik tirinya Zainal Abidin Hassan memaklumkan Allahyarham meninggal dunia pada 3.05 petang tadi.
“Betul, abang Khalid sudah tiada. Beliau meninggal dunia 3.05 petang tadi di hadapan ahli keluarga,” katanya menurut Harian Metro.
Khalid dirawat di PPUM akibat sesak nafas dan kesihatannya kurang memuaskan.
Sebelum ini, bekas pemain negara itu disahkan menghidap kanser tahap empat dan mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanannya.
Khalid pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1977 hingga 1985 dan membantu Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.