Tak perlu sokong saya secara terbuka, Pua beritahu DAP

Tak perlu sokong saya secara terbuka, Pua beritahu DAP

Bekas Ahli Parlimen itu yang disiasat atas tuduhan menghasut berkata lebih penting bagi DAP memainkan peranan mereka dalam kerajaan perpaduan.

Tony Pua berkata dia akan menyerahkan komputer ribanya kepada polis, yang telah meminta akses ke akaun Facebooknya.
KUALA LUMPUR:
Tony Pua berkata DAP tidak perlu mengisytiharkan sokongan mereka secara terbuka terhadap dirinya selepas beliau dipanggil polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan.

“Yang penting pemimpin DAP menjalankan tugas mereka dalam kerajaan perpaduan. Itu bagi saya adalah perkara yang paling penting.

“Tidak semestinya perlu ada pengumuman. Apa yang anda mahu lakukan ialah selesaikan isu itu, bukan memburukkannya lagi,” katanya kepada media selepas selesai siasatan.

Bekas Ahli Parlimen DAP itu berkata bahawa dia akan memberikan komputer ribanya kepada polis yang cuba merampasnya.

“Mereka juga meminta akses ke akaun Facebook saya. Saya tidak tahu mengapa, tetapi saya perlu memberikannya,” katanya.

“Walaupun ia tidak memberi kesan yang ketara kepada saya sejak bersara, nampaknya ia menyalahgunakan masa polis untuk menyiasat sesuatu yang nampaknya tidak mempunyai asas yang sah.”

Pua berkata pada pandangannya, catatan yang dikongsinya tidak mengandungi kandungan berunsur hasutan atau melanggar Akta Hasutan.

“Secara peribadi saya dah baca (hantaran) lima, enam kali setiap malam dan tak nampak macam mana hantaran saya (dianggap) sebagai hasutan.

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis. Soalan yang ditanya termasuk sama ada saya sendiri yang menulis catatan itu, memuat naiknya dan jika saya menggunakan komputer atau telefon pintar,” katanya.

Katanya, beliau diberitahu bahawa siasatan itu dibuat berikutan laporan yang diterima di Johor daripada Umno.

“Mengenai siapa (mengemukakannya), saya tidak tahu. Tetapi ia dibuat oleh Umno,” katanya.

Semalam, Bukit Aman berkata ia menyiasat kenyataan Pua berkait pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.