Simpanan, pinjaman RM521,000 lesap termakan janji untung RM1.7 juta

Simpanan, pinjaman RM521,000 lesap termakan janji untung RM1.7 juta

Polis berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan RM1,767,258 melalui laman web 'JTFSE'.

Polis berkata lelaki 39 tahun itu pada mulanya tertarik menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan 15% menerusi Facebook pada Disember lalu.
KUANTAN:
Seorang pembantu kedai berputih mata selepas mengalami kerugian RM521,000 akibat terpedaya pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata lelaki 39 tahun itu pada mulanya tertarik menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan 15% menerusi Facebook pada Disember lepas.

Beliau berkata mangsa kemudiannya mendaftar melalui laman web “JTFSE”, platform saham bagi tujuan pelaburan sebelum mengeluarkan keuntungan sebanyak RM1,000 selepas melabur RM50,000.

“Seterusnya, mangsa menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarga untuk memindahkan RM521,000 dengan 15 transaksi ke empat akaun berbeza bermula 25 Jan hingga Sabtu lepas.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu setelah gagal mengeluarkan keuntungan RM1,767,258 melalui laman web berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa membuat laporan di IPD Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Yahaya menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh pelaburan menjanjikan keuntungan lumayan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.