Buruh didakwa edar 16kg kanabis

Buruh didakwa edar 16kg kanabis

Muhammad Helmiee Azmi, 23, didakwa mengedar dadah itu berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Melayu, Padang Besar.

Muhammad Helmiee Azmi (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 16kg kanabis bulan lalu. (Gambar Bernama)
KANGAR:
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 16kg kanabis di Padang Besar pada 24 Jan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Helmiee Azmi, 23, selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, Helmiee dituduh mengedar dadah itu berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di Kampung Melayu, Padang Besar pada 7.20 pagi 24 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika tidak dihukum mati.

Mahkamah menetapkan 1 April ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.