Pati lolos: 41 berjaya ditahan

Pati lolos: 41 berjaya ditahan

Polis berkata dua tangkapan baharu dibuat pada awal pagi ini.

Sebahagian Pati yang ditahan semula semalam, selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor Khamis lalu. (Gambar Bernama)
IPOH:
Dua lagi pendatang asing tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor dekat sini Khamis lalu ditahan semula, menjadikan keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata dua tangkapan terbaharu itu dibuat awal pagi tadi.

Katanya, semua 41 tahanan yang merupakan etnik Rohingya dibawa ke IPD Tapah untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian 9.50 malam 1 Feb lalu, 131 tahanan terdiri daripada etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri dari Depot Imigresen Bidor.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat kemalangan jalan raya di KM335 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.