
Ketua Polis Manjung, Nordin Abdullah berkata, kejadian kira-kira 11.30 malam itu berlaku selepas mangsa dituduh mencuri wang pelajar asrama.
“Laporan kejadian itu diterima hari ini daripada seorang lelaki memaklumkan adiknya cedera dipukul pelajar lain.
“Siasatan mendapati pergaduhan melibatkan pelajar diploma 20 tahun itu berpunca daripada perselisihan faham kerana mengesyaki mangsa mencuri wang pelajar lain,” katanya menurut Sinar Harian.
Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan pelajar itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Beliau meminta orang ramai tidak menyebarkan fakta tidak sahih yang dikhuatiri boleh mengganggu siasatan dan individu mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-3317099.