
Antara yang tiba sejak 10.30 pagi tadi ialah Naib Presiden Umno, Khaled Nordin, Johari Ghani dan Wan Rosdy Wan Ismail , Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin dan Ketua Penerangan, Azalina Othman Said serta Ahli MKT termasuk Ahmad Maslan, Mahdzir Khalid, Ahmad Shabery Cheek dan Nur Jazlan Mohamed.
Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan pengurangan hukuman penjara 12 tahun Najib kepada enam tahun dan denda RM210 juta kepada RM50 juta.
Pada 28 Julai 2020, Najib disabit oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah dalam kes SRC International membabitkan RM42 juta.
Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.
Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 di Penjara Kajang, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.