
Persetujuan dicapai ProEight Sdn Bhd (ProEight) dengan bekas kakitangannya Bob Jeffry Fauzi Ziegler di luar mahkamah dalam proses mediasi tanpa sebarang keperluan pengakuan liabiliti sebagai penyelesaian penuh yang muktamad.
Mohamed Ashmeer Mohamed Ashrof Raja yang mewakili Bob Jeffry berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju tidak mengemukakan sebarang tuntutan berkaitan perkara itu pada masa depan.
Persetujuan itu dikemukakan kepada Pengerusi Mahkamah Perusahaan Andersen Ong Wai Leong, sebelum mahkamah memberikan persetujuan nyata (consent award) kepada Bob Jeffry.
Dalam prosiding itu, ProEight diwakili peguam Wan Norizzati Wan Idris.
Sebelum ini, Bob Jeffry mengemukakan tuntutan kepada Mahkamah Perusahaan terhadap ProEight selepas mendakwa ditamatkan perkhidmatan secara tidak adil oleh majikannya dengan tuduhan perbuatan salah laku.