
Sering kali sambutan tahun baharu disertakan dengan azam baharu untuk memulakan kehidupan yang lebih baik. Dan perubahan yang diingini ini tidak terhad kepada hal peribadi sahaja bahkan juga dalam suasana kediaman.
Rumah dengan imej yang segar dapat membantu mencetuskan idea dan meningkatkan semangat dalam mencapai azam tahun baharu. Bagi menyerikan rumah anda, Nippon Paint memperkenalkan rangkaian Weatherbond yang terbaharu.
Rangkaian ini termasuk Weatherbond, Weatherbond Solareflect, Weatherbond Hi-Gloss dan Weatherbond Ultimate. Rangkaian baharu ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang boleh membantu mengubah dinding luar rumah menjadi kanvas seakan menggambarkan impian dan aspirasi hidup anda.
Pelbagai tema warna yang menarik
Jika anda mengalami kesukaran untuk memilih kombinasi warna, Nippon Paint menyediakan empat tema menarik yang akan menyerlahkan rumah anda.
Jika anda gemarkan warna-warna cerah seperti Mandarin Magic (NP 1169), Mocha Magic (NP 1863) dan Lavender Haze (NP 3023), anda boleh memilih tema Tropical Charm. Tema ini boleh membantu menaikkan seri dan aura positif rumah anda untuk tahun-tahun yang akan datang.

Bagi anda yang inginkan suasana tenang, tema Coastal Contemporary adalah pilihan terbaik. Tema ini didatangkan dengan tona warna seperti Harbour Grey (NP 3074), Pebble Blue (NP 0529), Unstoppable (NP 3072) dan Blue Haze (NP 3077) yang mewujudkan suasana harmoni dan nyaman.

Tema Modern Mediterranean pula menampilkan warna seperti Coral Cascade (NP 0368), Mahogany Magic (NP 3387), Autumn Amber (NP 2134) dan Lilac Mystique (NP 1991). Tema ini sesuai untuk anda yang mahu luaran kediaman kelihatan selesa dan aman.

Jika anda mahukan sentuhan warna eksklusif, Oasis Elegance adalah tema yang sesuai untuk anda. Tema ini terdiri daripada warna-warna moden seperti Grape Glamour (NP 1915), Auburn Blaze (NP 3181) dan Brick Boulevard (NP 1883). Gabungan warna ini memberikan sentuhan mewah bagi luaran kediaman anda.

Selain mengenal pasti tekstur permukaan dinding luaran rumah anda, pastikan pilihan warna anda bersesuaian dengan elemen yang sedia ada di kediaman anda.
Anda juga perlu mengambil kira keadaan cuaca sebelum memulakan proses mengecat. Ini kerana suhu atau kelembapan yang melampau boleh memberi kesan buruk kepada hasil dan jangka hayat cat anda.
Lebih daripada sekadar cat
Penggunaan cat berkualiti tinggi bukan sahaja dapat meningkatkan daya tarikan visual tetapi juga memberikan daya ketahanan yang hebat.
Rangkaian Weatherbond terdiri daripada beberapa teknologi inovatif. Teknologi Kuarza menawarkan penampilan segar dengan perlindungan sehingga 15 tahun. Inovasi ini menggabungkan empat teknologi penting yang saling bekerjasama untuk melindungi dinding luar rumah anda.
Teknologi Keep Clean bertindak sebagai perisai terhadap kekotoran, bahan alkali dan mengekalkan penampilan yang bersih dan terjaga.
Teknologi Micro Block pula menghalang daripada pertumbuhan kulat, alga dan kotoran melekat.
Seterusnya, Teknologi Sunblock memberikan perlindungan terhadap haba dengan mengurangkan suhu di dinding luar rumah sebanyak 5˚C, walaupun dalam keadaan suhu yang melampau.
Teknologi Colour Care pula memastikan ketahanan warna yang hebat untuk mengekalkan daya tarikan estetika kediaman anda.
Terakhir, Teknologi Fibra yang hanya tersedia dalam Weatherbond Ultimate, mengukuhkan lagi kualiti cat dengan mengukuhkan lagi filem cat, memberi perlindungan daripada keretakan, pengelupasan dan kerosakan.
Jadikan rumah anda sebuah karya yang akan menarik perhatian ramai dengan rangkaian Weatherbond. Pilih cat berkualiti tinggi untuk serlahkan keindahan luaran rumah anda, hasilnya pasti lebih berbaloi.
Bagi yang berminat, kunjungi mana-mana cawangan Nippon Paint berdekatan ataupun klik di sini!