
Pada sidang media, Saifuddin berkata jumlah kuota yang diluluskan dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang dilaksanakan mampu memenuhi keperluan pekerja asing.
“Pembekuan permohonan kuota bermula pada 18 Mac 2023 dan akan berterusan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katnya.
Di samping itu, Saifuddin mengumumkan program repatriasi migran dilaksanakan bermula 1 Mac tahun ini.
Program ini beri peluang kepada pendatang asing tanpa izin pulang ke negara asal dengan hanya dikenakan kompaun, bagi kesalahan memasuki Malaysian tanpa pas yang sah dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas.
Selain itu, Jemaah Menteri bersetuju mewujudkan semula pusat kelulusan setempat bagi pengurusan pekerja asing, yang akan ditempatkan di KDN, kata Saifuddin.
Langkah ini bagi menambahbaik proses permohonan kuota hingga kemasukan pekerja asing, melalui pengurangan tempoh masa proses kerja daripada 29 bulan 13 hari kepada 15 bulan 7 hari, iaitu pengurangan signifikan sehingga 46%.
“Proses kerja baharu ini akan bermula apabila permohonan kuota baharu dibuka semula kelak,” katanya.
Sementara itu, Saifuddin mengumumkan memorandum persefahaman bersama tiga negara sumber pekerja asing utama iaitu Bangladesh, Indonesia, dan Nepal akan disemak semula.
Beliau berkata tiga negara ini menyumbang sebanyak 77% pekerja asing.