
“Tiada siapa tahu,” kata Shafee Abdullah menurut Berita Harian ketika ditanya mengenai mesyuarat itu.
Terdahulu hari ini, Utusan Malaysia melaporkan hukuman penjara Najib akan dibincangkan dalam mesyuarat hari ini, yang kali terakhir dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum penggal baginda tamat esok.
Pada 10 Jan lalu, Shafee menyangkal laporan Channel NewsAsia (CNA) bahawa Lembaga Pengampunan akan bersidang pada bulan ini bagi membincangkan permohonan pengampunan diraja bekas perdana menteri itu.
Beliau menegaskan sidang lembaga itu dianggap sebagai rahsia penting, dengan identiti anggotanya dan tarikh mesyuarat tidak dihebahkan.
Pada 28 Julai 2020, Najib disabit kesalahan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu adalah hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.
Rayuan di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Dis 2021.
Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.