
Menghormati keputusan Umno itu, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim berkata kekosongan berkenaan tidak perlu diisi segera walaupun 11 daripada 12 PBT telah mengangkat sumpah.
“Mereka boleh mengisinya pada masa akan datang,” katanya menurut Kosmo.
Pada 20 Jan lalu, Umno Selangor memutuskan mengembalikan semula kuota kerusi ahli majlis PBT kepada kerajaan negeri, namun pada masa sama menuntut 373 jawatan pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan Kampung (JPKK).
Ketuanya Megat Zulkarnain Omardin berkata tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk”, sebaliknya hanya mahu berunding atas semangat persahabatan.
Beliau menegaskan ini kerana kuota diperuntuk kepada Umno hanya 7% daripada 288 kerusi ahli majlis membabitkan 12 PBT.