
Kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu diberkas minggu lepas menerusi fasa kedua Op Daddy, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Zain.
“Siasatan mendapati kesemua wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan.
“Kesemua mereka telah direman untuk membantu siasatan, bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam penghasilan video seks,” katanya pada sidang akhbar selepas program Dialog Awam bersamanya di Klang, lapor Bernama.
Beliau turut mengingatkan orang awam, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana individu yang menyimpan bahan pornografi dalam peranti, termasuk telefon bimbit, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Jumaat lepas, seorang lelaki dan dua rakan wanitanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.
Hakim membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Feb untuk serahan dokumen.