
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata ia tidak akan bertolerasi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota terlibat.
Tular di YouTube dan media sosial suatu video memaparkan tindakan individu menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian, ke atas pasangan warga asing yang sedang menjelajah negara.
“JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut,” kata Pengarah JSPT, Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan.
Polis menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi tidak tepat.
Mana-mana pihak mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta memaklumkan JSPT bagi tujuan siasatan.