Gempa bumi lemah dikesan di perairan timur Sabah

Gempa bumi lemah dikesan di perairan timur Sabah

Gegaran 3.6 skala Richter berlaku 57km timur laut dari Sandakan.

Jabatan Meteorologi berkata gempa didapati berlaku di kedalaman 10km. (Gambar Jabatan Meteorologi Malaysia)
KUALA LUMPUR:
Satu gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter dikesan berlaku di perairan timur Sabah, pada 2.11 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa itu terletak di 6.2 darjah utara dan 118.4 darjah timur dengan kedalaman 10km iaitu 57km timur laut dari Sandakan.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.