Perhimpunan Agung Umno 2024 Ogos ini

Perhimpunan Agung Umno 2024 Ogos ini

PAU 2024 akan berlangsung 21 hingga 24 Ogos.

Asyraf Wajdi Dusuki berkata persidangan Umno cawangan dijadual 22 Apr hingga 2 Jun disusuli mesyuarat bahagian pada 21 Jun hingga 29 Jul.
PETALING JAYA:
Perhimpunan Agung Umno 2024 akan diadakan selama empat hari bermula 21 hingga 24 Ogos ini, kata Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.

Susulan itu, Asyraf dalam kenyataan berkata persidangan Umno cawangan dijadual pada 22 Apr hingga 2 Jun disusuli mesyuarat bahagian pada 21 Jun hingga 29 Jul.

Ketetapan itu dibuat selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi (MKT) Umno malam ini yang berlangsung kira-kira tiga jam.

Selain itu, Asyraf berkata mesyuarat itu turut membincangkan memorandum berkaitan penghantar barangan dan makanan (p-panggilan) yang diserahkan kumpulan itu, yang mahu Umno campur tangan dalam isu kadar upah mereka.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sekali gus memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi gig terpelihara,” katanya.

Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga presiden Umno mahu SEGiM ditubuhkan segera bagi memastikan kebajikan penggiat industri berkenaan dapat dibela.

Menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata ketika ini terdapat lebih 1.2 juta individu yang bergiat dalam industri gig di seluruh negara dan mereka turut mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu, Asyraf berkata Majlis Ekonomi dan Kewangan Umno yang dipengerusikan Naib Presiden Johari Ghani akan mengadakan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera pada 3 Feb di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Resolusi kolokium ini akan dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan dianjurkan pada 29 Feb hingga 2 Mac depan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.