4 dipercayai tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

4 dipercayai tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

Seorang daripada lima mangsa sudah ditemui pasukan bomba.

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan dengan disertai Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat serta Unit Anjing Pengesan. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang mangsa maut, manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Cameron Highlands.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bergegas ke lokasi selepas menerima laporan pada 2.51 pagi tadi.

“Seorang mangsa ditemui, manakala 4 lagi mangsa dipercayai masih berada di bawah runtuhan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan, yang turut disertai Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (Storm) serta Unit Anjing Pengesan (K9).

Sementara itu, Bernama memetik Ismail sebagai berkata, maklumat awal menunjukkan tiga lelaki dan seorang wanita masih berada dalam kawasan runtuhan di Batu 54, Blue Valley.

Katanya, sembilan anggota bomba perlu berjalan kaki kira-kira 3km untuk sampai ke lokasi kejadian dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.