Mangsa banjir di Terengganu bertambah

Mangsa banjir di Terengganu bertambah

Besut paling teruk terjejas dengan 516 mangsa daripada 147 keluarga dipindahkan ke lapan PPS.

Seramai 1,559 orang daripada 471 keluarga berlindung di 32 PPS di lima daerah Terengganu setakat 8 pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,559 orang daripada 471 keluarga di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan 32 PPS itu dibuka di Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu.

Besut paling teruk terjejas dengan 516 mangsa daripada 147 keluarga dipindahkan ke lapan PPS, manakala 454 orang daripada 144 keluarga berlindung di sembilan PPS di Setiu.

“Bagi daerah Dungun, empat PPS dibuka bagi menempatkan 283 mangsa daripada 86 keluarga, manakala di Hulu Terengganu pula melibatkan 88 keluarga terdiri daripada 282 individu dipindahkan ke sembilan PPS,” katanya menurut Sinar Harian.

Di Kemaman, 24 individu daripada enam keluarga ditempatkan di dua PPS.

JPBN berkata, hujan masih turun di beberapa tempat di daerah terjejas banjir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.