
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Rafie Ahmad Sareng berkata 4 anggota dari BBP Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 7.07 malam.
“Kanak-kanak berkenaan dikatakan terjatuh ke dalam parit dan dihanyutkan oleh arus.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dibantu unit PPDA (Pasukan Penyelamat Dalam Air) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor membuat pencarian di sekitar sungai, tempat mangsa dipercayai terjatuh,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata mangsa lima tahun itu ditemui pada jarak 2km dari lokasi dia dilaporkan terjatuh, selepas tersangkut pada pangkal pokok kelapa sawit pada 10.30 malam tadi.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 12.16 tengah malam.