Restoran berputar baharu di Menara KL mula operasi 29 Jan

Restoran berputar baharu di Menara KL mula operasi 29 Jan

Restoran ARAS akan menggantikan Atmosphere 360 yang diarah menghentikan operasi tahun lepas.

Restoran berputar baharu di Menara KL, ARAS diurus oleh MKL Cuisine Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR:
Restoran berputar ARAS yang terletak pada ketinggian 282m dari aras tanah di Menara Kuala Lumpur akan mula beroperasi pada 29 Jan.

Menara Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ARAS diurus oleh MKL Cuisine Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.

ARAS akan menggantikan Restoran Atmosphere 360 yang diarah menghentikan operasi susulan perintah pengosongan premis oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Dis lepas.

Menurut kenyataan itu, restoran baharu berkenaan bersedia untuk menjadi destinasi kulinari utama di ibu kota seterusnya menjanjikan pengalaman makan yang unik dengan menu gabungan disesuaikan bagi memenuhi cita rasa tempatan dan antarabangsa.

Harga bufet yang ditawarkan pada Isnin hingga Khamis bagi dewasa ialah RM199, manakala kanak-kanak RM119, dengan kemasukan secara percuma ke pelantar pemandangan.

Pada hujung minggu atau cuti umum pula, harga bufet untuk dewasa ialah RM249; dan RM149 bagi kanak-kanak.

Orang ramai boleh membuat tempahan untuk menjamu selera di ARAS dengan menghubungi 011-2888 2020 atau e-mel kepada [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.