Ahli Parlimen Tanjong Karang isytihar sokong Anwar

Ahli Parlimen Tanjong Karang isytihar sokong Anwar

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi berkata beliau menyokong Anwar Ibrahim bagi membela penduduk di kawasan itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat terbaru Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Zulkafperi berkata keputusan yang berkuat kuasa serta merta itu dibuat untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasannya terbela serta mendapat pelbagai manfaat pembangunan.

“Bagi mengelakkan sebarang keraguan, saya ingin menegaskan masih setia sebagai ahli Bersatu dan tidak mengkhianati parti.

“Namun demi memastikan kelangsungan pembangunan di Parlimen Tanjong Karang seiring pemerintahan persekutuan, wajar untuk saya bersama dengan kepimpinan Putrajaya diketuai Anwar,” katanya menjelaskan tindakan itu bukan dibuat atas unsur paksaan.

Sebelum ini, lima Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan presiden PKR.

Mereka terdiri Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Zahari Kechik (Jeli).

Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.