Paip air Sg Perai bocor, 200,000 pengguna P Pinang mungkin terjejas

Paip air Sg Perai bocor, 200,000 pengguna P Pinang mungkin terjejas

Pelan respons kecemasan telah diaktifkan dan PBAPP sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum.

Usaha mengepam air pada aliran minimum mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air, susulan kebocoran besar pada saluran paip Sungai Perai.
PETALING JAYA:
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengesahkan berlaku kebocoran besar pada saluran paip bawah permukaan air Sungai Perai.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata PBAPP sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum, yang mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

“PBAPP telah mengaktifkan pelan respons kecemasannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga pengerusi PBAPP menyifatkan kejadian itu sebagai mengejut dan mendadak, serta maklumat berkaitan akan dikemas kini sewajarnya.

Sebelum ini, Chow memaklumkan kepada pemberita bahawa paip berada di dasar sungai lebih 30 tahun dan tidak dapat diperbaiki lagi, selepas kebocoran dikesan pada 12 Jan.

Pemasangan paip sementara dijangka siap pada 2 Feb, yang akan berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan sementara menunggu projek baharu kekal disiapkan.

Sejak dua bulan lalu, paip itu sudah pecah tiga kali selepas pembaikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.