Warga kementerian, agensi diminta kemas kini Padu selewat 15 Feb

Warga kementerian, agensi diminta kemas kini Padu selewat 15 Feb

Kerjasama dan komitmen semua pihak berhubung perkara itu amat penting dan diperlukan bagi menjayakan inisiatif Padu.

Padu yang dilancarkan perdana menteri pada 2 Jan lalu bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.
PUTRAJAYA:
Seluruh warga kementerian dan agensi kerajaan diminta melakukan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat melalui portal Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) selewat-lewatnya 15 Feb ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam dalam hantaran menerusi media sosial memaklumkan satu daripada kepentingan mendaftar Padu adalah bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.

Dalam hantaran itu, JPA turut memuat naik surat edaran bagi tujuan berkenaan bertarikh 17 Jan yang dihantar kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Surat itu yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz turut memaklumkan gesaan sama oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1/2024, 14 Jan lalu yang mahu tindakan segera diambil semua warga kementerian dan jabatan kerajaan.

Menurut surat edaran itu, kerjasama dan komitmen semua pihak berhubung perkara ini amat penting dan diperlukan bagi menjayakan inisiatif Padu.

Padu yang dilancarkan Anwar pada 2 Jan lalu bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.