
Ketika berucap dalam satu program di Universiti Malaya, Anwar berkata terdapat kebimbangan mengenai pendidikan di negara ini.
Beliau merujuk kepada kemerosotan yang ketara dalam Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (Pisa) pada 2022.
“Kegagalan kita adalah obsesi pada kejayaan lampau. Alasan yang diberikan adalah Covid-19 tetapi ia turut menjejaskan semua negara termasuk Laos, Kemboja dan Indonesia.
“Kenapa kita gagal dalam pemarkahan ini? Ini adalah soalan yang perlu kita tanya sebelum bergerak ke hadapan. Kita tidak boleh berada dalam keadaan penafian.”
Anwar berkata walaupun Malaysia tidak boleh mengenepikan kejayaan lampau tetapi “fakta jelas” ini masih membimbangkan.
“Kita berada di sini bukan untuk menafikan bahawa kita sudah mencapai sebahagian pertumbuhan dan perpaduan, dan sesuatu tahap pendidikan,” katanya.
Sementara itu, Anwar berkata beliau tidak bersetuju dengan rancangan kementerian untuk memulakan program transformasi digital hanya pada 2027. Katanya, keputusan sukar perlu dibuat untuk mempercepatkan transformasi digital.
“Saya faham kementerian memerlukan masa tetapi kita tidak boleh tunggu dan hanya melaksanakannya pada 2027. Ya, kita tidak mempunyai sumber yang mencukupi tetapi kita perlu guna apa yang ada ketika ini untuk memulakannya,” katanya.
Sebelum ini, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, bukan hanya Malaysia yang mengalami kemerosotan dalam skor Pisa tetapi ia turut dialami banyak negara di seluruh dunia akibat pandemik.
Kaji Pisa menilai tahap kesediaan pelajar berusia 15 tahun yang menerima pendidikan formal untuk beradaptasi dengan masyarakat. Kajian itu bermula pada 17 April hingga 31 Mei 2022 di 199 sekolah, termasuk sekolah swasta.
Pentaksiran itu berlangsung dari 17 April hingga 31 Mei 2022 di 199 sekolah, termasuk sekolah swasta.