
Menurut sumber, sesi merakam keterangan itu akan dibuat di Yayasan Kepimpinan Perdana 11 pagi esok.
“Kemungkinan Tun akan dirakam keterangan esok pagi di YKP oleh Bukit Aman, itu apa kita dimaklum,” katanya kepada FMT.
Sementara itu, peguam Rafique Rashid yang mewakili Mahathir mengesahkan perkara tersebut.
“Ya benar, jam 11 pagi esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Baru-baru ini, dalam temubual dengan saluran berita Tamil, Thanthi TV dari Chennai, India, Mahathir berkata orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.
Ditanya sama ada ini bermakna orang India di Malaysia harus berasimilasi sepenuhnya dan “menjadi Melayu”, Mahathir bersetuju.
Mahathir dikritik pelbagai pihak susulan pandangan diluahkan dalam temu bual itu.