
Tiga lagi suspek yang juga warga asing pula diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana tiada dokumen yang sah.
Ketua Polis Seremban Hatta Che Din berkata siasatan kes itu oleh Bukit Aman masih berjalan.
“Salah seorang suspek adalah penjawat awam, maka polis perlu menyiasat kes ini dalam pelbagai aspek,” katanya kepada FMT.
Semua tujuh suspek ditahan pada 12 Jan lalu bagi membantu siasatan berkaitan kes penculikan seorang lelaki dua hari sebelumnya.
Tangkapan dibuat selepas seorang lelaki warga Bangladesh membuat laporan polis mendakwa abangnya dilarikan sekumpulan individu di Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Siasatan awal mendapati mangsa meminjam RM70,000 daripada salah seorang suspek tetapi gagal membayar balik hutangnya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.