
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin berkata pelantikan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN malam semalam.
“PN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Ahmad Fadhli Shaari di atas sumbangan serta jasa bakti yang dicurahkan sepanjang memikul amanah sebagai ketua Pemuda PN dari 26 Januari 2022 sehingga semalam,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PN semalam dipengerusikan Pengerusinya Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Gerakan,Dominic Lau dan ahli Majlis Tertinggi PN lain.
Beliau berkata ia turut membincangkan situasi terkini berhubung beban sara hidup yang semakin mendesak termasuklah isu kenaikan tarif air.
“(Kita) sebulat suara mendesak kerajaan Persekutuan supaya memberi keutamaan kepada isu ekonomi dengan menyelesaikan masalah rakyat.
“PN komited untuk meneruskan agenda pemerkasaan parti dan akan menganjurkan Konvensyen wakil-wakil rakyat PN dan pemukiman pemerkasaan PN dalam masa terdekat,” katanya.