
“Ia palsu, tiada perkara seperti itu,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kepada FMT.
Pengguna media sosial di platform X yang dulunya Twitter, mendakwa sumber dari pejabat Zuki mengesahkan beliau disiasat melibatkan pelbagai isu.
Dalam hantarannya, pengguna itu menyenaraikan beberapa dakwaan tidak wajar dilakukan Zuki sehingga membawa kepada penyiasatan.
FMT sedang mendapatkan komen daripada Zuki.
Zuki juga dituduh disiasat SPRM berkaitan beberapa kes berprofil tinggi, selain didakwa memiliki beberapa rumah dan kereta mewah, termasuk memiliki banyak hartanah.
Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin dan keluarganya sedang disiasat berkaitan pengubahan wang dan salah guna kuasa.
Minggu lalu, SPRM mengesahkan pihaknya merakam keterangan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, berhubung siasatan dana RM700 juta diperuntukkan bagi tujuan publisiti dan promosi ketika pentadbirannya.