
Sejak tahun 2019, Mercedes-Benz memperkenalkan kenderaan elektrik di bawah rangkaian EQ miliknya yang menggabungkan ciri-ciri kemewahan, keselesaan dan kelestarian.
Dalam usaha untuk menyebarkan kehebatan Mercedes-Benz menerajui teknologi kenderaan elektrik, NZ Wheels baru-baru ini telah menganjurkan EQ Connection Drive di mana peserta yang terpilih diberi peluang untuk memandu uji kenderaan elektrik dari bilik pameran Bangsar ke Genting Highlands.
Mewah dan lestari di jalan raya
Perjalanan ke Genting yang indah, sejuk dan berliku amat sesuai untuk menguji keupayaan penuh rangkaian kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQ.
Setiap kenderaan menawarkan prestasi pemanduan yang mengagumkan, kadar kelajuan yang hebat, pengendalian yang lincah, di samping julat pemanduan yang memuaskan dengan hanya satu pengecasan penuh. Peserta dapat menikmati pengalaman pemanduan yang lancar menuju ke puncak gunung.

Peserta kagum dengan ciri kenderaan elektrik yang ergonomik dan inovatif. Dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi, Mercedes-Benz EQ juga mempunyai ruang kabin yang luas dan sistem kawalan iklim yang canggih untuk memastikan perjalanan selesa bagi pemandu dan penumpang.
Dengan ciri keselamatan, Mercedes-Benz yang dibina dengan menggunakan algoritma pengelakan pelanggaran membolehkan peserta berasa tenang dan selamat semasa menggunakan kenderaan tersebut.
Rangkaian sosial bersama wakil Mercedes-Benz
Setibanya di Resorts World Awana Genting, para peserta diberi peluang untuk berehat seketika dan bersantai. Mereka juga dijemput
menikmati jamuan ringan sambil bertegur mesra dengan peserta lain yang berkongsi minat terhadap kenderaan Mercedes-Benz.

Wakil dari NZ Wheels dan Mercedes-Benz Malaysia yang hadir turut mengambil peluang untuk berkongsi keistimewaan syarikat masing-masing. Mewakili NZ Wheels, David Tan menyuarakan komitmen syarikat yang teguh dalam memenuhi kepuasan pelanggan melalui pendekatan yang sentiasa diperbaharui.
Tetamu lain seperti Pengurus Besar Produk Mercedes-Benz Malaysia, Christian Grimberg serta wakil dari Mercedes-Benz Financial Services, Shah Aiman turut menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada Mercedes-Benz EQ dan pelbagai pilihan pembiayaan yang tersedia.

Selesai sesi perkongsian, peserta mula bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Mereka singgah sebentar di Bamboo Hills untuk demonstrasi pengecasan dan ini memberikan mereka pengalaman sendiri.
Setelah seharian merasai pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, acara EQ Connection Drive NZ Wheels melabuhkan tirai.
Di penghujung acara, penganjur memaklumkan berita baik kepada peserta di mana mereka dibenarkan untuk meminjam dan membawa pulang kenderaan elektrik yang dipandu selama lima hari selepas acara tersebut.
Peluang berkenaan membolehkan peserta menjalankan aktiviti seharian mereka sambil menggunakan kenderaan elektrik. Ia sekali gus dapat meningkatkan keyakinan dan mengukuhkan lagi keputusan mereka untuk memilih kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQ yang hebat dan berkualiti tinggi.
Berminat untuk melihat dan merasai sendiri kehebatan rangkaian kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQ?
Kunjungi bilik pameran NZ Wheels dan sertai keluarga Mercedes-Benz hari ini!