Tunggu laporan patologi sebelum dakwa 4 polis disyaki proses ketum

Tunggu laporan patologi sebelum dakwa 4 polis disyaki proses ketum

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata empat anggota polis itu sudah dikenakan tindakan tatatertib iaitu ditahan kerja.
KUALA LUMPUR:
Polis menunggu laporan patologi sebelum meneruskan pendakwaan terhadap empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan mengedar ketum pada 4 Jan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.

“Kita tunggu laporan patologi untuk tentukan sama ada boleh teruskan untuk proses pendakwaan. Dari segi tatatertib, kita sudah ambil tindakan sebelum ini iaitu tahan kerja empat anggota terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back to School’ di Sekolah Kebangsaan Lelaki Batu di Jalan Raja Laut.

Media sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum di sebuah rumah di Brickfields.

Bagaimanapun, dua daripada enam anggota terbabit dibebaskan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.