
Beliau berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa jua perkara termasuk isu berkaitan kehadiran pelarian dan pemohon suaka yang sentiasa berada dalam radar kerajaan untuk ditangani.
“ …soal keselamatan negara kita tidak boleh dikompromikan dan dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
“Saya menggesa semua entiti kerajaan untuk melaksanakan penyelarasan dan penyesuaian terhadap mekanisme perundangan sedia ada agar terus dipatuhi oleh semua yang berada di negara ini,” katanya menerusi Facebook.
Perkara itu antara inti pati Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Zahid.
Menurutnya, mesyuarat itu diadakan antara lain bagi meneliti keputusan serta mengemas kini pelaksanaan gerak kerja oleh kementerian, jabatan dan agensi utama yang terlibat mengenai pelarian.