
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Shuhaily Zain berkata, pihaknya masih menyiasat perkara itu, lapor Utusan Malaysia.
Beliau berkata, JSJ telah memanggil 66 saksi, termasuk seorang pengadu yang memfailkan laporan dan daripada pihak media untuk membantu siasatannya.
Polis telah menerima 70 laporan di seluruh negara berhubung kes ini, yang sedang disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya.
On Dec 30, Ngeh issued an apology after proposing that non-Muslim constitutional experts be included in a committee that is studying how to harmonise shariah law and the Federal Constitution.
Pada 30 Dis lepas, Ngeh memohon maaf atas cadangannya melibatkan pakar perlembagaan bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Ketika menarik balik kenyataan itu, Ahli Parlimen DAP itu berkata, beliau tidak berniat mencampuri hal ehwal agama Islam.
Kertas siasatan Langkah Dubai dirujuk kepada peguam negara
Sementara itu, Shuhaily berkata, polis telah merujuk kertas siasatan berhubung “Langkah Dubai” kepada Pejabat Peguam Negara.
Beliau mengesahkan hanya empat orang dipanggil untuk disoal siasat, lapor Berita Harian.
Dilaporkan sebelum ini bahawa polis telah merakam keterangan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop dan tiga pempengaruh media sosial – Badrul Hisham Shaharin, juga dikenali sebagai Chegubard; Wan Azri Wan Deris; dan Salim Iskandar – berhubung dakwaan wujudnya komplot untuk menukar kerajaan semasa.